BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 12, 2012

Nunuk Ragang


Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tmepat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.
Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah pendudukpenduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.
Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati; binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.
Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunak Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.
Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."
Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.
Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orangorang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.
Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka tcrdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.
Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membnat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranakpinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut janh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.
Setelah tanah di situ diratakan, maka orangorang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucak tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.
Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.
Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunak Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.
Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kampulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.
Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunak Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunak Ragang itu.
Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunak Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.
Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunak Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untak dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.
Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunak Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.
Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar bnat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada orang-orang Dusun/Kadazan dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orangorang Dusun/Kadazan adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Dusun/Kadazan mempercayai akan kisah ini.
Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orangorang Dusun/Kadazan berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah

Monday, November 1, 2010

Queen Of Langkasuka (Raja Perempuan Kerajaan Pattani)

If stories give life to a place, those of the four queens of Pattani recall laughter and tears, love and revenge that shaped a chatpter of the little known history of this Islamic maritime kingdom about sex centuries ago. Subhatra Bhumiprabhas and Natiya Tangwisutijit trace the facinating story of the queens.

Nobody knows what Princess Ijau might have thought when she ascended the throne as the first queen of Pattani in 1584.

After the death of her father, Sultan Manzur Syah, in 1572, Ijau and her two younger sisters had to endure 12 traumatic years witnessing brothers and cousins killing one another in their battle for the throne. The conflict was resolved when all of the male heirs were assassinated, paving the way for Ijau's ascension.

Today's historians - and, indeed, ancient European traders and travellers who arrived in the Islamic kingdom - had different views about Pattani's century-long rule by women. Some opinions appear more favourable than others. But the predominant conclusion was that Queen Ijau and her sisters who succeeded to the throne were no more than puppet monarchs. Behind them must have been capable male ministers who governed in her name without the queens' actual participation.

French traveller Nicholas Gervaise, for example, wrote in the 1680s that Raja Ijau was not allowed to enter at all into the secrets of state affairs.

"[The queen] had to content herself with the respect and homage which everyone formally rendered her as their sovereign," Gervaise was quoted in "Hikayat Pattani", a classic Malay account of the history of this Islamic kingdom.

"They [the ministers] did not allow her the freedom to choose her own high officials, but they never refused her anything which could contribute to her pleasure," he wrote.

Such a view, however, could not properly explain why under the rule of the queens, especially the first two, Pattani reached its greatest prosperity from maritime trade with Europe, Japan and around Southeast Asia. Prices for commodities, particularly foodstuffs, were at an all time low, pleasing the rich and poor under their reigns alike. Farmers were also recorded to have enjoyed irrigation projects initiated and supervised by the queens.

If they were just puppets, how did the three sisters succeed one another in a row? The youngest sister even managed to have her daughter become queen as well. They all survived several coup attempts amid a fluctuating political situation in the region. All the men who challenged their power were "dealt with" in different ways. Nobody knows what actually happened to them, but they were never seen again.

Reading between the lines, scattered historical accounts suggest the queens were capable rulers who knew how to play both internal and regional politics. In other words, the ancient kingdom of Pattani prospered "because of", and not "in spite of", the queens.

The three sisters - Ijau, Biru and Ungu - succeeded one another from 1584 to 1635. Their father named them after the colours of the rainbow - Ijau means green, Biru is blue and Ungu is violet. Whether the rainbow connotation was intended as a good omen, the princesses did have a shining future - they all made their way to the prestigious throne without much struggle.

Raja Ijau ruled for 31 years before she died, and passed the throne to her second sister Biru, who led the kingdom for seven years. The throne then passed to the third sister, Ungu, who reigned for 12 years.

Among them, Ungu was the only one married. Her sister Ijau made her the bride of Sultan Abdul-Ghafur Mohaidin Syah of Pahang, another influential kingdom on the Malay Peninsula. Princess Ungu gave birth to a charming daughter, Kuning, who succeeded her mother as the monarch. She reigned for about 50 years in what was one of the wealthiest and longest reigns for the region.

Perhaps Raja Ijau's understanding of regional politics was deeper than her ministers might have realised. She had Princess Ungu marry the sultan of Pahang, given the close connections between Pahang and Johore at the time, and also tightened relations with Johore, another strong political centre on the peninsula.

In retrospect, Raja Ijau turned to concentrate on strengthening relations with neighbouring kingdoms because Pattani became relatively independent from the influence of Ayutthaya, the powerful inland kingdom. Ayutthaya, from 1564 to the 1590s, was struggling for its own survival against Burma and Cambodia.

Secure politics entailed economic prosperity. Pattani itself was among the best natural harbours along the lengthy east coast of the Malay peninsula. The mid-sized kingdom enjoyed long-distance trade with China and India, as well as localised trade with Siam, Malaya and Indonesia. It served as an entrepot to which pepper could be brought from the neighbouring lands for Chinese merchants in return for luxury textiles and porcelain. At the same time Indian textiles were brought to Pattani in exchange for gold, spices and foodstuffs.

Raja Ungu knew her marriage to the sultan of Pahang was to secure political and economic prosperity for Pattani. Love was not a part of it. To her, the marriage was for the "love for her land". Her situation was not much different from other women of other kingdoms in the region in the same period. Their parents sent them as "gifts" for rulers of kingdoms they wanted to make friends with for their protection or other security purposes.

However, what was different for Ungu was that she returned to Pattani and became queen after Raja Biru passed away. Her daughter, Kuning, followed in her footstep decades later by marrying into politics and for the love of her motherland.

Raja Ijau died in 1616 and was succeeded by Raja Biru. It was Raja Biru who sent her ministers to Pahang to request the return of Queen Ungu after she became a widow when Sultan Abdul-Ghafur Mohaidin Syah died. Ungu also brought with her Princess Kuning, who was then four years old.

Princess Kuning was only 12-years-old when her monarch aunt Raja Biru arranged her marriage to a nobleman from Siam, Okya Decho, a son of the ruler of Ligor, or Nakhon Si Thammarat, who served the king of Ayutthaya. By the end of the 16th century, Ayutthaya's power was on the rise again during the reign of King Naresuan.
At the time, no one could read the heart of Princess Ungu, who watched her daughter's wedding in silence.

Soon after Raja Biru died, however, Raja Ungu, who succeeded her sister in 1624, arranged for her daughter to be remarried to the Sultan of Johore. Indeed, Pattani under the reign of Ungu adopted an anti-Siam policy. Unlike her two predecessors, Ungu refused to allow herself to be called by the Siamese royal title Phra Chao.

Perhaps, Okya Decho would not have asked to return to Nakhon Si Thammarat had he known he would not be allowed to take his young wife with him.

When informed of the new wedding of his wife, a furious Okya Decho asked for permission from the king of Siam to lead Siamese troops to attack Pattani. To aid her defence, Ungu received support from her late husband's state, Pahang, and the Sultan of Johore also led his troops to help his mother-in-law. The Siamese troops weren't familiar with sea warfare. The week-long war ended with the heart-broken Okya Decho returning home empty handed.

The love story of Princess Kuning didn't end there, but continued dramatically until her last breath. Raja Ungu died in 1635 and Kuning succeeded her mother to the Pattani throne. After the funeral ceremony, Kuning's husband left Pattani for his homeland. The sultan asked his younger brother and his mother to stay in Pattani to guard Kuning from her ex-husband Okya Decho.

But the sultan had left the fish with the cat. The prince of Johore went too far from the role of protector. The Malay historical account of Hikayat Pattani stated that the prince "violated" Kuning. However, the prince did not seem to have Kuning's heart for long. Raja Kuning found her lover had committed adultery with a court singer. The prince of Johore appeared to be madly in love with the singer whom he planned to give a royal title.

However, many ministers and the people took the queen's side. They volunteered to "deal" with the problem for her. Raja Kuning only asked her men to spare the prince's life. The prince was never seen in Pattani again. He safely returned to Johore while the prince's mother and their people were later escorted by the queen's men to their homeland as well.

No matter how chaotic her personal life, Raja Kuning never forgot her duty as the ruler of Pattani. During her reign, Pattani returned to the glorious era of international trade. The queen ordered her men to expand the mouth of the Pattani River and to dredge the river's tideway to welcome an increasing number of cargo barges. The bay of Pattani shone with lights from trader junks day and night. The Hikayat Pattani noted that the last queen didn't live on royal revenues, she made her income from the crops in her own gardens, feeding and clothing herself from the profits on the flowers and vegetables. Moreover, she turned her personal possessions into royal property.

Unlike her mother, who was hostile to Ayutthaya, Raja Kuning decided to make friends with the larger kingdom by paying a visit in 1641. The queen of Pattani was welcomed by King Prasat Thong of Siam. They re-established relations and Siam promised to end its interference in Pattani, at least during the reign of Raja Kuning.

A decade later, nonetheless, Kuning was forced to leave the throne by Raja Sakti of Kalantan who staged a coup in 1651 after she failed to handle the internal conflict between the sultan and another prince. On her way to seek refuge in Johore, the last queen of Pattani died near the shore of Kalantan. Her body was buried in a small village called Kampung Pancor.
The queen's laughter and tears and her "love for the land" was also buried there.z

Friday, October 22, 2010

Walinong Sari

Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). Ada pun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara.

Ada pun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan melalui perkahwinan diraja. Raja Siak misalnya telah berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, pecah berita bahawa Bendahara Paduka Raja itu menaruh seorang puteri yang cantik jelita. Puteri Wanang Seri namanya. Ada pun ini selain dari mempunyai rupa paras yang terlalu rupawan, Puteri Wanang Seri juga sangat perwira, pandai bersilat gayung dan melambung senjata. Puteri Wanang Seri juga sangat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja sendiri sehingga Bendahara menetapkan barang siapa yang mampu menewaskan Puteri Wanang Seri dalam ilmu persilatan, orang itu akan diangkat oleh Bendahara menjadi menantunya.

Sudah ramai anak-anak muda dari kalangan rakyat jelata mahupun dari keturunan raja yang tewas dalam sayembara persilatan kepada Puteri Wanang Seri. Hingga di satu masa, Bendahara merasa masygul apabila mengenangkan puterinya yang tidak akan dapat berkahwin dengan mana-mana jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri ini singgah ke pendengaran Raja Melaka. Baginda berhasrat untuk menyunting Puteri Wanang Seri untuk dikahwinkan dengan anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung itu bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda kemudiannya mengutuskan utusan meminang yang diketuai oleh Hang Ishak ke Inderapura.

Setelah menerima penghadapan dan mendengar akan maksud kedatangan rombongan itu, Bendahara Paduka Raja merasakan bahawa sudah tidak guna lagi baginya beradu sayembara persilatan kerana jika diteruskan, kelak puteri baginda itu akan menjadi dara tua. Tanpa bertanya kepada Puteri Wanang Seri terlebih dahulu, Bendahara menerima maksud kedatangan rombongan itu dan pertunangan serta perkahwinan ditetapkan dalam jangka masa 4 purnama.

Ada pun Puteri Wanang Seri sewaktu menerima perkhabaran itu tiadalah dia bersuara melainkan tunduk berdiam diri sahaja. Bendahara dan sekelian menteri serta hamba rakyat kemudian sibuk mendirikan balai diraja untuk tujuan kenduri perkahwinan itu kelak. Malah rakyat jelata turut bergembira menyambut berita bahawa Puteri Wanang Seri akan berkahwin dengan orang besar dari Melaka.
"Ampun Tuanku, sembah patik pohonkan diampun" sembah Inang Tua pada suatu hari.
"Ada apa Inang? katakanlah.." Titah baginda Bendahara Paduka Raja.
"Ampun Tuanku. Adapun kita ini kekurangan suatu barang buat hantaran ke Melaka nanti. Jika ada keizinan Tuanku, patik ingin ke Pekan untuk mendapatkan barangan itu.."
"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.
"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak dibeli 7 bidang.." sembah Inang Tua.
"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.
"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.
"Anakanda teringin benar hendak melihat pasar dan juga suasana di Pekan itu. Izinkanlah ayahanda, kerana tidak lama lagi, tidaklah anakanda dapat melihat negeri kita lagi...
"Baiklah. Ayahanda izinkan.."

Maka berangkatlah Puteri Wanang Seri menuju ke Pekan dengan menaiki usungan diiringi oleh juak-juak dan inang pengasuh. Perjalanan menuju ke Pekan itu mengambil masa setengah hari. Apabila matahari naik ke kepala, rombongan itu berhenti di sebuah kolam yang jernih bagi melepaskan penat lelah dan dahaga.
"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.
"Baik, Tuanku.."

Inang kemudiannya pergi ke tepian kolam dengan membawa sebiji buyung. Suasana di kolam itu teramat cantik. Ibarat syurga dunia layaknya. Burung-burung bersiul berterbangan. Pokok-pokok merimbun menghiasi tepiannya. Permukaan airnya sangat jernih. Pendeknya terasa segar tubuh badan melihat pemandangan ciptaan tuhan itu. Inang itu tahu bahawa dia tidak harus berlama-lama di situ. Kelak dibimbangi tuan puteri jatuh murka.

Sebaik sahaja sampai di tempat peristerihat tuan puteri, inang itu terus menceritakan hal kolam yang cantik itu. Puteri Wanang Seri terus terpesona ingin melihat pemandangan kolam itu. Terus sahaja baginda berangkat ke tepian kolam itu. Benar kata inang itu. Pemandangan kolam itu sungguh cantik hingga membuatkan hati Puteri Wanang Seri merasa sangat sukacita. Baginda kemudian bersyair dan bermadah menghiburkan hati baginda sambil diselangi dengan tawa inang-inang pengiring.

Di kala itu, seorang putera kayangan yang bernama Raja Mambang Segara sedang berburu di sekitar kolam itu. Adapun Raja Mambang Segara ini adalah anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir yang berdiam di kemuncak Gunung Tahan. Apakala terpandangkan rombongan itu sedang bersuka-sukaan, dan melihat pula panji kebesaran putera-puteri diraja sedang berkibar ditiup semilir waktu tengahari, tahulah baginda bahawa rombongan itu adalah rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah banyak khabar berita yang baginda dengar tentang Puteri Wanang Seri itu. Baginda ingin melihat kecantikan Puteri Wanang Seri selain dari menguji ilmu kepandaian puteri itu.

Raja Mambang Segara kemudian menukarkan dirinya menjadi seekor burung merpati berwarna putih bersih. Lalu burung merpati itu terbang hinggap di atas ranting pokok berhampiran dengan tempat Puteri Wanang Seri sedang beristirehat. Tatkala terpandangkan merpati putih itu, Inang Tua langsung menegur.
"Eh, eh. Cantiknya burung merpati itu tuan puteri. Lihat tu.."

Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar. Seperti ada lelaki yang sedang memandangnya. Sewaktu menoleh ke arah burung merpati itu, Puteri Wanang Seri segera menarik tudung menutupi wajah baginda.

Melihat sahaja akan burung merpati putih itu, hati baginda terus tertawan. Lantas diperintah juak-juak pengiring menangkap burung merpati itu. Anehnya burung merpati itu langsung tidak melarikan diri. Seolah merelakan dirinya ditangkap oleh juak-juak itu pula. Puteri Wanang Seri merasa amat sukacita mendapat burung yang jinak itu. Terus sahaja baginda membelai dan bermain-main dengan burung merpati itu.
"Siapakah gerangan engkau wahai burung merpati? Kenapa beta tiba-tiba jatuh kasih kepadamu. Katakanlah wahai burung.." madah baginda seolah-olah burung itu memahami kata-kata baginda.
Burung merpati itu terbang hinggap di atas jari telunjuk Puteri Wanang Seri.
"Kenapa Tuan Puteri menutup wajah Tuan Puteri?" tanya Inang Pengasuh.
"Entahlah inang. Hati beta merasa berdebar-debar melihat burung merpati ini. Beta merasa malu pula. Seperti burung merpati ini seorang lelaki layaknya..."
Mendengarkan madah Puteri Wanang Seri itu sekelian inang ketawa lucu.
"Ada-ada sahaja Tuan Puteri ini.. Inikan hanya seekor burung?" kata Inang Tua.

Setelah terlerai segala lelah yang mengikat urat saraf, tibalah masanya rombongan itu berangkat meneruskan perjalanan.
"Terbanglah engkau wahai merpati. Beta tidak dapat hendak membawa kamu bersama kerana beta tidak sampai hati hendak mengurung kamu di dalam sangkar. Kamu tentu inginkan kebebasan. Berat rasanya hati beta hendak berpisah dengan kamu. Hati beta sudah jatuh kasih padamu wahai burung. Walau bagaimanapun pulanglah engkau ke tempat asal engkau. Selamat jalan, burung..."
Ketika itu airmata hiba Puteri Wanang Seri jatuh ibarat karang yang berderaian. Burung merpati itu kemudian terbang jauh melintasi kolam itu.

Setelah rombongan itu berangkat pergi, burung merpati itu bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara. Tahulah Raja Mambang Segara bahawa Puteri Wanang Seri itu seorang puteri yang budiman. Walaupun Puteri Wanang Seri itu sekadar memperlihatkan matanya, namun Raja Mambang Segara dapat merasakan bahawa puteri itu tersangat jelita. Hati Raja Mambang Segara sudah terpikat. Tanpa berlengah, baginda menuruti jejak rombongan itu menuju ke Pekan.

Ada pun rombongan Puteri Wanang Seri itu tiba di Pekan. Pekan merupakan sebuah kota yang sibuk dengan pasarnya. Hamba rakyat yang mendiaminya sangat ramai dengan aneka jualan dan juga permainan di dalam pasarnya. Rakyat jelata apakala mengetahui rombongan Puteri Wanang Seri mengunjungi kota itu, terus sekelian hamba memberi pelbagai hadiah buat tuan puteri dan juga Paduka Bendahara.

Raja Mambang Segara yang baru tiba di Pekan itu kemudian menukarkan dirinya menjadi seorang pemuda buruk yang berpakaian compang camping. Baginda kemudiannya mendekati usungan Puteri Wanang Seri lalu menghulurkan sebiji talam yang sangat cantik ukirannya.
"Ampun Tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian yang tidak seberapa dari hamba yang hina ini..."
Puteri Wanang Seri menarik tabir usungan. Dilihatnya seorang pemuda buruk sedang memegang talam yang sangat halus buatannya. Dilihatnya pemuda itu sangat comot tetapi matanya bercahaya dan bersinar galak. Puteri Wanang Seri merasakan darahnya menyimbah naik ke muka apakala menentang sinar mata pemuda miskin itu.
"Terima kasih orang muda. Beta merasa berbesar hati menerima hadiah dari kamu.. Budi kamu beta junjung"

Setelah memperolehi Kain Cindai Kulit Manggis 7 bidang itu, rombongan itu pulang ke istana. Malamnya pula Puteri Wanang Seri tidak dapat melelapkan mata, asyik terkenangkan pemuda comot itu. Kesokan paginya, sebaik sahaja ayam berkokok dan fajar menyinsing, Puteri Wanang Seri sudah bersiap-siap berlanggir untuk menuju ke Pekan dengan ditemani oleh inang-dayang dan juga juak-juak.

Seperti hari sebelumnya itu, Puteri Wanang Seri bertemu dengan pemuda yang memakai pakaian compang camping itu lagi. Kali ini pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekaki payung berwarna kuning.

Hari yang ketiga, Puteri Wanang Seri turun lagi mengunjungi Pekan. Hari yang ketiga itu, pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekuntum Bunga Melur.
"Orang muda..." titah Puteri Wanang Seri.
"Patik, Tuanku.."
"Tahukah kamu bersilat dan bermain senjata..?" tanya tuan puteri.
"Hamba erti sedikit-sedikit, Tuanku" jawab pemuda itu.
"Mahukah kamu kalau beta mengajak kamu bersayembara di gelanggang silat?" tanya Puteri Wanang Seri lagi.
"Jika itu sudah kemahuan Tuanku, patik menurut sahaja..."

Maka hari sayembara itu ditetapkan. Sekelian hamba rakyat keluar menyaksikan pertarungan persilatan antara Puteri Wanang Seri dengan pemuda miskin yang ditemuinya di Pekan. Sebaik sahaja ditiup nafiri, Tuan Puteri Wanang Seri masuk ke gelanggang silat lengkap berpakaian kebesaran. Bertudung menutupi wajahnya sebagai tanda menjaga maruah puteri melayu. Di gelanggang persilatan, pemuda comot itu sedia menanti.

Puteri Wanang Seri sangat perwira dan tidak pernah kalah walau sekalipun sebelum sayembara itu. Baginda merasa amat pasti bahawa baginda akan memenangi pertarungan itu. Kedua-dua belah pihak saling bertukar pukulan dan buah kilas. Sesekali jurus yang dikeluarkan adalah jurus kebatinan yang memukul dari jauh. Segala pukulan yang ditujukan ke arah pemuda itu dapat dikesampingkannya dengan sempurna malah ilmu persilatan pemuda itu jauh lebih hebat daripada ilmu pertempuran Puteri Wanang Seri.

Mereka saling berasak-asak dengan pukulan yang merbahaya sehingga akhirnya pemuda itu melancarkan jurus pukulan yang sangat hebat. Puteri Wanang Seri tahu bahawa dia akan tewas dalam sayembara itu. Bagi menjaga maruah istana, baginda merasakan bahawa baginda harus memenangi sayembara itu walau dengan apa cara sekalipun. Di saat yang genting itu, Puteri Wanang Seri menarik tudung yang menutupi wajahnya lalu terlihatlah seri cahaya wajahnya yang gilang gemilang. Melihatkan kecantikan puteri itu, pemuda comot itu terus jatuh pengsan akibat gelora nafsu yang tidak tertahan.

Sebaik sahaja pemuda comot itu pengsan, hilang sementara waktu segala kesaktiannya. Pemuda comot itu tidak semena-mena bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara, lengkap berpakaian kebesaran serta busar panahnya terletak di sisi. Melihatkan hal itu, Puteri Wanang Seri segera menitahkan agar Raja Mambang Segara yang masih tidak sedarkan diri diusung naik ke istana.

Raja Mambang Segara pengsan tidak sedarkan diri selama setengah hari. Peristiwa itu disaksikan oleh Raja Laksamana Petir dari Kemuncak Gunung Tahan melalui cermin hikmat baginda. Baginda merasa amat murka terhadap Raja Mambang Segara kerana tidak harus keturunan baginda tewas dengan kecantikan seorang manusia. Baginda kemudian menghantar utusannya untuk mengambil Raja Mambang Segara yang masih belum sedarkan diri di istana Inderapura.

Arakian, muncullah petir dan kilat sabung-menyabung di langit tinggi. Puteri Wanang Seri masih setia di sisi Raja Mambang Segara namun dilihat oleh baginda, jasad Raja Mambang Segara semakin lama semakin menipis. Baginda puteri terkejut dengan kejadian itu. Tiba-tiba menjelma kilat dari langit beserta yang letupan guruh yang memekakkan telinga membelah udara istana. Jasad Raja Mambang Segara lenyap dari pandangan. Puteri Wanang Seri terus jatuh pengsan.

Dalam tidak sedarkan diri itu, Puteri Wanang Seri bermimpi bertemu dengan seorang pendita.
"Wahai Puteri Wanang Seri. Nama anak raja itu ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya bernama Raja Laksamana Petir. Jika Tuan Puteri kasihkan ia, carilah ia di kemuncak Gunung Tahan. Di sanalah ayahandanya berkerajaan".

Ada pun keesokan harinya, Puteri Wanang Seri dikhabarkan lenyap dari istana. Ada yang mengatakan bahawa Puteri Wanang Seri telah berangkat ke Kemuncak Gunung Tahan mencari kekasih hati baginda. Kadang-kadang Puteri Wanang Seri dilihat muncul di Inderapura bersama dua orang pengiring perempuan. Seorang sedang memayungi Puteri Wanang Seri dengan payung berwarna kuning manakala seorang lagi pengiring baginda menaburi langkah Puteri Wanang Seri dengan bunga-bunga yang diisi di dalam talam berukiran indah. Nama Puteri Wanang Seri kemudiannya lebih dikenali ke hari ini sebagai Puteri Walinong Sari. Wallahua'lam.

Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan

Lagenda Gua Gomantong Sandakan Sabah

HUJAN yang turun sejak beberapa hari lalu setelah kemarau lebih tiga purnama menumbuhkan pucuk muda kegemaran rusa dan binatang liar lain yang menghuni rimba raya. Raja Tua Batulong yang tinggal di Kampung Kuala Kuamut, Ulu Sungai Kinabatangan merasakan masa untuk berburu telah tiba, apatah lagi tuaian padi musim ini amat berhasil.
Maka bertolaklah Raja Tua Batulong ke dalam hutan rimba yang tebal bersama anjing kesayangan dan sebilah lembing yang tajam. Oleh kerana terlalu asyik melihat tapak kaki rusa dan tembadau, Raja Tua Batulong tersesat jauh ke dalam hutan dan tidak tahu di mana berada.
Pada hematnya mungkin roh jahat, Anturut, telah meresap ke tubuhnya dan kini di bawah kendalian roh tersebut. Anjingnya tidak kelihatan lagi walaupun berkali-kali dipanggilnya.

Namun Raja Tua Batulong menguatkan semangat dan mene-ruskan perjalanan. Apabila lapar, dia mengambil pucuk, umbut kayu dan buah-buahan hutan untuk mengisi perutnya yang berkeroncong.
Selama seminggu lebih Raja Tua Batulong melangkah di dalam hutan tebal, tidur di atas pokok kayu dengan mengikat dirinya pada dahan kayu di waktu malam dan meneruskan perjalanan ketika masih kabus.

Tiba-tiba kelihatan sebuah gua besar di sebuah bukit batu kapur yang tinggi di hadapannya. Raja Tua Batulong melemparkan beberapa ketul batu ke dalam gua berkenaan sehingga kelawar dan burung layang-layang bercempera terkejut dengan bunyi yang dihasilkan dari lantunan batu yang dilemparkan ke dalam gua berkenaan.
Raja Tua Batulong memasuki gua dan mendapati banyak sarang burung di dalam gua berkenaan lalu menanda dan menamakan gua tersebut sebagai Agup Tagarang.

Ketika sedang melepaskan lelah selepas dua hari perjalanan meninggalkan Agup Tagarang, dia terdengar sayup-sayup suara anjingnya tidak jauh di hadapan lalu terbetik kegembiraan yang amat sangat, apatah lagi anjingnya sedang mengejar binatang hutan, mungkin rusa, tembadau atau babi.

Tanpa melengahkan masa Raja Tua Batulong melompat ke hadapan bersama lembing mengejar binatang buruan untuk mengisi perutnya yang selama lebih seminggu hanya disumbat daun kayu dan buah-buahan hutan kerana tidak menemui sebarang binatang selain burung layang-layang dan kelawar yang sukar ditangkap.
Setelah mengejar kesegenap arah, akhirnya Raja Tua Batulong dapat membunuh babi yang dikejar anjingnya hampir separuh daripada hari tersebut dengan lembing tajam yang menembusi jantung babi berkenaan.

Ketika sedang membersihkan babi tersebut Raja Tua Batulong kehairanan kerana mendapati banyak sarang burung di dalam perut babi berkenaan. Babi tersebut dipanggang dan dihabiskan oleh Raja Tua Batulong dan anjingnya.
Akibat keletihan dan kekenyangan, Raja Tua Batulong tertidur agak awal pada malam itu di sebuah gua batu bersama anjingnya. Suasana di hutan itu semakin sunyi dan hanya sekali sekala bunyi cangkerik dan bunyi dengkuran Raja Tua Batulong yang diselang seli dengan bunyi dengusan nafas anjingnya.

Tiba-tiba asap berkepul-kepul di hadapannya. Angin sejuk mengelus lembut. Muncul tujuh orang puteri jelita berpakaian serba biru yang bercahaya bagai bidadari dari syurga. Raja Tua Batulong terkejut bimbang kalau-kalau ketujuh puteri jelita itu hanya roh jahat yang cuba menggodanya, namun menguatkan semangatnya kerana kaki ketujuh puteri tersebut memijak lantai gua.

Kata orang tua-tua, kalau puteri jelita hanya berdiri di atas angin dan tidak menjejak lantai atau tanah, maka perlu dihindari bagi mengelak timbul masalah yang tidak diingini.
"Kenapa saudara berada di sini?" tanya puteri yang berselendang biru laut dengan senyuman dan suara merdu yang boleh meruntuhkan kejantanan Raja Tua Batulong.

"Saya sesat. Saya tidak dapat cari jalan pulang," kata Raja Tua Batulong dengan nada tersekat-sekat namun bersungguh-sungguh memohon ihsan ketujuh puteri menunjukkan jalan pulang.
"Saudara jangan bimbang. Saudara teruskan perjalanan ke arah kanan, kemudian saudara akan jumpa sebuah gua yang banyak sarang burung, lebih besar dari gua yang saudara jumpa di Kuamut, nama gua itu Gomantong. Saudara gantung baju saudara di sana sebagai tanda supaya saudara boleh datang lagi. Lepas itu teruskan perjalanan ikut rasa hati saudara," kata puteri berselendang biru sementara yang lainnya melambai-lambaikan tangan kemudian kesemua mereka hilang secara tiba-tiba di celah kepulan asap dan angin yang berhelus lembut.

Raja Tua Batulong terkejut lalu terjaga dari tidur ketika hari hampir pagi. Dia tidak melihat sesiapa di sisinya selain anjingnya yang menggeliat seketika. Raja Tua Batulong mentakwilkan mimpinya dan yakin ketujuh puteri dalam mimpinya berkata benar. Dia mengalas perutnya dengan baki daging babi yang diperolehi kelmarin lalu meneruskan perjalanan sebagaimana panduan yang diberikan oleh puteri jelita berselendang biru laut melalui mimpinya.
Tidak lama kemudian tersergam di hadapannya sebuah bukit batu kapur yang agak tinggi dan bergua besar. Raja Tua Batu-long memasuki gua berkenaan untuk memastikan itulah gua yang dimaskudkan oleh puteri berselendang biru laut. Terdapat banyak sarang burung, hitam dan putih dalam gua berkenaan, lalu Raja Tua Batulong memetik beberapa sarang burung berkenaan untuk di bawa balik kerana memikirkan sedangkan babi memakan sarang, apatah lagi manusia. Sudah pasti sarang tersebut amat bernilai, bisik hati kecilnya.

Selepas menggantungkan baju yang dipakainya di mulut gua sebagaimana yang diarahkan oleh puteri berselendang biru laut, Raja Tua Batulong meneruskan perjalanan mengikut rasa hatinya dengan diekori oleh anjingnya.
Tidak lama kemudian dia menemui sebatang sungai lalu menghilir sungai tersebut sehingga pada petang itu dia terlihat dua orang lelaki sedang mendayung sampan memudeki sungai. Hatinya terbetik kegembiraan.

"Hai kawan, saya sesat, boleh saya tumpang," pinta Raja Tua Batulong kepada dua orang lelaki tersebut yang tidak keberatan menumpangkannya.
" Saudara dari mana?" tanya seorang lelaki yang berkumis tebal yang mendayung di belakang.
"Saya dari Kuamut," balas Raja Tua Batulong yang menceritakan serba sedikit bagaimana dia boleh berada di tebing sungai ketika kedua lelaki berkenaan mendayung sampan.

Walaupun pergerakan sampan tersebut terlalu perlahan, namun Raja Tua Batulong gembira kerana dapat keluar dari hutan tebal berkenaan. Hampir tengah malam barulah mereka tiba di kampung dua orang lelaki tersebut, Kampung Melapi berdekatan dengan Kuala Menungal. Mereka bermalam di rumah kedua lelaki tersebut.
Keesokan paginya kedua lelaki tersebut membawa Raja Tua Batulong berjumpa dengan ketua kampung mereka, Pangeran Digadong Sama lalu menceritakan serba sedikit bagaimana mereka berjumpa dengan Raja Tua Batulong.

Pangeran hanya tersenyum mendengar penjelasan anak buahnya kerana beliau ada mendengar kisah seorang lelaki dari Kuamut hilang di dalam hutan tanpa jejak ketika berburu. Pangeran mengalu-alukan kedatangan Raja Tua Batulong dan melayannya dengan baik sebagai tetamu kehormat ke kampungnya.

"Saudara tinggallah di sini barang sehari dua untuk melepaskan lelah," ujar Pangeran sambil menyerahkan persalinan dan mengarahkan keluarganya menyediakan makanan yang enak-enak untuk Raja Tua Batulong.

"Terima kasih," jawab Raja Tua Batulong yang merasakan terhutang budi kepada kedua lelaki yang menumpangkannya dan Pangeran yang memberikan layanan yang begitu istimewa sekali.
Setelah kesihatan Raja Tua Batulong pulih seperti sediakala kerana diberi makanan yang berzat, maka dia menceritakan kisah sebenar bagaimana boleh sesat sehinggalah tiba di kampung tersebut kepada Pangeran.

"Inilah sarang burung itu," kata Raja Tua Batulong seraya mengunjukkan beberapa sarang burung yang sempat dipetiknya dari Gua Gomantong yang dijumpai dengan bantuan puteri berselendang biru laut yang mendatangi mimpinya.

"Saudara boleh ingatkah jalan ke sana?" tanya Pangeran yang begitu gembira kerana sering dikunjungi pedagang China dan Suluk yang ingin membeli sarang burung, namun Pangeran tidak mengetahui bagaimana mahu mendapatkan sarang berkenaan.

"Rasa-rasa saya boleh ingat, saya ada kasi tinggal baju saya di sana sebagai tanda," balas Raja Tua Batulong berterus terang.
Pangeran mengarahkan beberapa orang pemuda kepercayaannya menemani Raja Tua Batulong kembali ke Gua Gomantong menghilir sungai dan mengikut jalan yang dilalui oleh Raja Tua Batulong sehingga menemui gua tersebut.

Mereka sampai ke Gua Simud Hitam yang diserahkan kepada Raja Tua Batulong kerana bajunya tertanda di pintu gua berkenaan.
Manakala gua-gua lain telah menjadi hak milik Pangeran Digadong Sama yang mengarahkan pengikutnya mendirikan beberapa pondok di pintu gua berkenaan sementara dua orang pemuda pulang memberitahu ketua mereka tugas mereka telah selesai.

Raja Tua Batulong tidak lagi kembali ke Kuamut, sebaliknya menetap di Gua Gomantong menjaga sarang burungnya ber-sama-sama para pengikut Pangeran Digadong Sama kerana sarang burung mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar yang berurus niaga dengan mereka di Melapi.

Gua Gomantong menjadi warisan turun temurun Raja Tua Batulong dan Pangeran Digadong Sama sehinggalah kedatangan British ke Sabah yang meletakkan Gua Gomantong milik kerajaan, namun masih membenarkan keturunan Raja Tua Batulong dan Pangeran Digadong Sama memungut sarang dengan membayar cukai sepuluh peratus sehinggalah hak pemungutan sarang terlepas daripada keturunan mereka pada tahun 1994 apabila Kerajaan Barisan Nasional memerintah Sabah.

Puteri Buluh Betung

Pada suatu hari Raja Muhammad pergi dengan sekalian rakyatnya menebas rimba. Di tengah rimba itu terdapat serumpun betung yang amat tebal. Maka rakyat pun menebas betung itu, tetapi bila ditebas betung itu tumbuh semula. Rakyat cuba tebas lagi betung itu tetapi masih keadaan masih sama. Apabila Raja Muhammad melihat kejadian itu, baginda sendiri cuba menebas betung itu sendiri, maka habis semua betung berjaya ditebas sehinggalah tiba ditengah betung.

Baginda terlihat sebatang betung yang ditengah seperti ada rebung seakan-akan badan manusia. Maka baginda memarang rebung itu dan keluarlah seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik paras rupa dan badannya. Didukungnya kanak-kanak itu keluar dari rebung betung tadi lalu dibawa balik ke istana baginda. Melihat baginda raja mendukung kana-kanak perempuan, isterinya gembira bertanya pada baginda dapat kanak-kanak ini dari mana dan siapa ibubapanya.



Baginda pun menjelaskan pada isterinya bahawa dia menjumpai kanak-kanak ini ketika menebas betung di rimba bersama sekalian rakyat. Kanak-kanak ini baginda jumpa di dalam rebung betung itu jelas baginda. Oleh kerana kanak-kanak ini berasal dari betung maka baginda pun menamainya Puteri Betung. Baginda dan isterinya memelihara puterinya seperti anaknya sendiri lengkap dengan pengasuh dan pakaian diraja. Semakin kasih baginda terhadap puterinya itu, makin hari makin besar dan rupa paras makin jelita.


Khabar berita mengenai Raja Muhammad mendapat kanak-kanak di dalam rebung betung mendapat perhatian kekandanya, Raja Ahmad. Maka baginda dan isterinya berangkatlah pergi untuk melihat kanak-kanak yang diperolehi oleh adindanya itu. Setelah seharian berjalan berangkat tiba juga baginda di rumah adindanya itu. Kedatangan baginda berdua disambut dengan hormat oleh adindanya Raja Muhammad serta isteri. Maka berbual-buallah baginda dua beradik perihal semasa sambil menjamu sirih yang dipersembahkan kepada kekandanya.

Setelah itu Raja Ahmad berkata. “Hai, adinda Raja Muhammad, manakah anak tuan itu, kekanda hendak melihat.” Maka kata Raja Muhammad, “ Hai inang pengasuh, bawalah anakku itu ke mari.”

Maka segeralah mak inang membawa Puteri Betung mengadap ke hadapan baginda berdua. Raja Ahmad dan isteri begitu gembira melihat rupa paras kanak-kanak itu yang cantik jelita. Setelah puas melihat dan bercerita, Raja Ahmad dan isterinya bermohon pulang ke istana baginda. Setelah sekian lama memerintah negeri, Raja Ahmad berkenan membuat sebuah lagi negeri di balik rimba tempat adindanya menjumpai Puteri Betung yang memerlukan masa seharian berjalan untuk sampai di sana. Setelah sudah negeri itu diusahakan oleh sekalian rakyat dengan kota paritnya serta dengan istana balairungnya, maka baginda pun membuat keraian menjamu hulubalang, segala menteri dan rakyat dengan makan-makan dan minuman.

Kemudian baginda dan beberapa pengikutnya pergi berburu ke dalam rimba belantara tetapi tiada seekor buruan yang baginda perolehi. Setelah penat berjalan, baginda menemui sebuah surau di tengah rimba itu. Ada seorang tua dalam surau itu. Raja Ahmad pun memberi salam kepada orang tua itu, maka segera disahutnya salam Raja Ahmad itu. Baginda pun bercerita pada orang tua itu akan perihal adindanya yang menemui kanak-kanak perempuan di dalam rebung betung.

Maka orang tua itu berkata, “Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan. Tunggu tuan di sini sesaat dua.” Maka baginda pun menanti dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba dating seekor gajah yang terlalu besar dan ada seoran kanak-kanak duduk di atas kepala gajah itu. Kanak-kanak itu dimandikan di dalam sungai dan setelah dimandikan dalam sungai dihantar pula ke tebing sungai itu. Lalu gajah itu pula mandi dengan sendiri di dalam sungai itu. Setelah sudah dia mandi, kanak-kanak kembali duduk atas kepala gajah tadi dan berjalan pulang ke dalam rimba. Demikianlah kejadian yang dilihat oleh Raja Ahmad.

Maka orang tua itu pun berkata, “Hai orang muda hendaklah engkau muslihatkan dengan sedaya-upaya akan kanak-kanak itu, supaya engkau peroleh akan dia.” Maka ujar Raja Ahmad, “Hamba hendak mohon kepada tuan kembali dahulu ke negeri hamba, mana jalan keluar?” orang tua itu pun menunjukkan jalan keluar pada baginda.

Raja Ahmad meneruskan perjalanan pulang ke istana dan setiba di istana isterinya menyambut kepulangan baginda dengan senyuman mesra. Raja Ahmad pun mula bercerita akan perihal kejadian yang menimpa baginda pada isterinya di rimba belantara. Isteri baginda mendengar akan cerita suaminya itu dengan khusyuknya. Maka isterinya pun berkata, “Hai kekanda, muslihat apa yang kanda ada untuk mendapatkan kanak-kanak itu?”. Raja Ahmad pun menghimpunkan segala askar-askar dan menteri-menterinya ke istana. Maka bermesyuaratlah baginda dengan mereka akan muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak itu.

Pada hari yang baik, baginda dengan segala hulubalang-hulubalang pergi ke rimba pada tempat gajah memandikan kanak-kanak itu. Setiba di sana surau dan orang tua itu tidak kelihatan lagi ghaib entah ke mana. Maka pada esok harinya kerja-kerja untuk memasang muslihat giat dilaksanakan. Tanah-tanah dikorek menjadi tempat persembunyian untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Esok hari tiba la waktunya hari Jumaat. Keluarlah gajah itu dari dalam rimba membawa kanak-kanak itu untuk memandikannya. Setelah itu kanak-kanak itu diletakkan di tepi sungai dan gajah itu pergi ke dalam sungai untuk mandi pulak.


Raja Ahmad pun segera mengambil kanak-kanak itu lalu dibawanya dengan segera dari sungai itu. Apabila melihat kanak-kanak itu diambil orang, gajah itu mengejar Raja Ahmad. Hulubalang raja cuba menyekat gajah dengan memanah dan melontar batu-batu pada gajah itu dan akhirnya berpalinglah gajah itu terus masuk ke dalam rimba.

Raja Ahmad dan hulubalangnya kembali ke istana dengan kanak-kanak itu. Sampai di istana isteri baginda menunggu di pintu istana dengan rasa gembira. Dilihatnya kanak-kanak itu dengan segera daripada suaminya, rasa senang dan gembira terukir di wajahnya melihat rupa paras kanak-kanak itu yang baik amat. Kanak-kanak itu pun dinamakan Merah Gajah dan masyurlah di dalam negeri itu Raja Ahmad beroleh anak dan khabar gembira itu didengar oleh adindanya Raja Muhammad. Maka Raja Muhammad dan isterinya berangkat menuju istana kekandanya untuk melihat kanak-kanak itu.


Setiba di istana kekandanya, Raja Ahmad terus menemukan adindanya dengan Merah Gajah. Sungguh gembira dan sukanya adindanya dan isteri melihat rupa paras kanak-kanak itu. Raja Ahmad pun menceritakan hal itu kepada adindanya dengan panjang lebar dan segala perihal yang berlaku dari mula hingga akhirnya. Maka Raja Muhammad memohon menyembah kakandanya untuk berangkat pulang ke negerinya.


Tahun bersilih ganti Merah Gajah dan Puteri Betung membesar dengan rupa paras yang kacak dan jelita. Berkahwinlah mereka berdua dan hidup bahagis keakhirnya.

Lagenda Puteri Santubong & Sejenjang

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.

Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.

Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Lirik lagu Puteri Santubong Puteri Sejenjang (memang saya suka betul lagu ni. Tak tahu kenapa RTM berhenti siarkan di televisyen sekarang):

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.
Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi..

Puteri Saadong

Berapa ramai antara kita yang mengetahui akan nama lama bagi negeri Kelantan Darul Naim? Pernahkah anda mendengar Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong? Nama yang menggambarkan akan sebuah kerajaan yang terlalu indah, dikelilingi gunung dan banjaran, serta kawasan lembah yang dipenuhi bunga-bungaan yang pelbagai bentuk dan rupa. Cerang Tegayong pula memberi makna cahaya yang menyimbahi di celahan dedauan pohon tegayong. Begitulah keindahan yang digambarkan melalui nama lama itu
Demikianlah juga akan gambaran pemerintahnya, Chik Siti Wan Kembang, juga dikenali juga Paduka Chik Siti. Satu satunya Raja Perempuan yang sangat dikenali demi kewibawaan baginda, keadilan yang menjadi teras pemerintahannya, kebijaksaan serta keperwiraan baginda walaupun baginda adalah seorang wanita, menjadikan nama Paduka Chik Siti begitu gah dan melata tersebar akan kisahnya di serata rantau Nusantara, dan kerajaannya yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa dipenuhi rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Berikut kerana itu, terdapat cerita orang, pedagang-pedagang yang datang berdagang ke Kelantan, enggan untuk meninggalkan negeri itu, hingga sanggup menenggelamkan kapal masing-masing untuk dijadikan alasan supaya dapat terus kekal di Kelantan. Demikianlah diceritakan orang....




Tersebut pula akan sebuah kerajaan yang berjiran dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga itu, bernama Jembal, terletak di bahagian timur lautnya. Yang mana pada ketika itu dalam tahun 1638 Masehi, Raja Besar telah menyerahkan takhta kepada anakandanya, Raja Sakti dan Raja Sakti dikurniakan tujuh orang putera-puteri, iaitu Raja Adiluddin (yang lebih dikenali dengan nama Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor (nama timang-timangannya Nang Rogayah) dan Puteri Cempaka Bongsu. Mengikut buku Abdullah Nakula, Raja Sakti terkenal dengan panggilan Raja Vijaya Indera atau Long Betong.




Setelah Raja Sakti merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada mereka semua. Pada tahun 1649 M, Raja Loyar ditabalkan sebagai raja yang memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung. Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong, yang mana keramaiannya berlangsung selama 7 hari 7 malam, setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini. Raja Loyar sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang "keramat".




Hubungan baik terjalin antara kerajaan Jembal dan Kelantan sementelah Kelantan sebuah kerajaan yang gagah perkasa. Perutusan senantiasa bertukar tangan demi perhubungan yang baik itu hinggalah dibawah pemerintahan Raja Loyar yang menggantikan ayahandanya. Raja Loyar telah dikurniakan dua cahaya mata yang mana, seorang lelaki dinamakan Raja Sakti, demi mengenangkan nendanya tapi malang telah mangkat ketika masih kecil, dan kedua pula seorang perempuan dinamakan Puteri Mariam, yang mana lebih dikenali sebagai Puteri Saadong. Paduka Chik Siti yang amat tertarik dengan perilaku dan rupa Puteri Saadong itu telah berhasrat untuk mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkatnya dan juga bakal pewaris takhta, kerana Paduka Chik Siti itu tidaklah bersuami dan tidak mempunyai sebarang anak . Hasrat itu disuarakan kepada Raja Loyar dan seakan seribu rahmat, hajat Paduka Chik Siti diperkenankan oleh Raja Loyar. Puteri Saadong dan Paduka Chik Siti pun berangkat pulang ke Gunung Chinta Wangsa dan bersemayam disana. Sebagai tanda kasih sayang seorang ibu, Paduka Chik Siti memerintahkan para pembesar dan hulubalang mendapatkan dua ekor kijang untuk dijadikan belaan dan teman permainan Puteri Saadong dan dari situlah menjadi lambang pada jata negeri Kelantan yang kekal hingga ke hari ini.




Puteri Saadong membesar, dididik dan diasuh dengan penuh limpahan kasih sayang dari bondanya dan sebagai bakal pewaris takhta. Selain dari itu kejelitaan rupa paras membawa kepadanya gelaran Puteri Wijaya Mala dan kerana itu jugalah nama Puteri Saadong sangat-sangat terkenal, seperti bondanya, Paduka Chik Siti. Kecantikan Puteri Saadong ini termasyhur ke seluruh negeri sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Siam iaitu Raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia. Baginda telah menghantar utusan ke Jembal untuk meminang Puteri Saadong. Setelah Raja Loyar berbincang dengan Paduka Chik Siti, maka pinangan Raja Siam itu telah ditolak. Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar

Maka, berlangsunglah istiadat perkahwinan Puteri Saadong dan Raja Abdullah di Gunung Chinta Wangsa dengan penuh kemeriahan dan temasya yang berlangsung berpuluh-puluh hari lamanya. Kemeriahan itu disambut indah dan penuh takzim oleh sekelian rakyat jelata yang merupakan satu anugerah yang penuh rahmat bagi seluruh Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga serta juga Kerajaan Jembal. Semua hamba rakyat juga dapat melihat akan Puteri Saadong yang bakal mewarisi pemerintahan bondanya, Chik Siti Wan Kembang menjadi seorang pemerintah yang adil dan saksama dan moga Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga terus kekal sebagai sebuah kerajaan yang agung, aman dan sentosa. Namun itu hanyalah satu tanggapan...sesungguhnya mereka terlupa tentang seseorang yang sedang memendam perasaan....

Setelah berberapa ketika selepas perkahwinan antara Puteri Saadong dan Raja Abdullah, Paduka Chik Siti mengambil keputusan untuk terus menyerahkan takhta yang sekelian lamanya baginda duduki, diambil alih oleh puteri kesayangannya itu. Setelah selesai istiadat pertabalan Puteri Saadong dan Raja Abdullah sebagai pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga yang baru, baginda berdua berpendapat untuk membuka pusat pemerintahan yang baru dan mereka melihat sebuah tempat yang terletak di hilir negeri Kelantan sebuah tempat yang sesuai. Dan kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin, namun bagi Paduka Chik Siti, baginda mahu terus menetap di Gunung Chinta Wangsa kerana baginya, disitulah tempat yang lebih sesuai bagi dirinya. Disini baginda mahu mengasingkan diri, mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan amal ibadat kepada Allah Taala. Dan disinilah, Paduka Chik Siti yang ketika itu telah menjangkau usia senjanya, telah jatuh gering dan setelah berberapa lama, Paduka Chik Siti pun mangkat, menjadi satu berita yang amat menyedihkan bagi seluruh negeri Kelantan: sesungguhnya mereka kehilangan seorang pemerintah yang sangat sukar untuk dicari ganti. Dikatakan baginda telah dimakamkan di Kampung Banggol yang terletak tidak jauh dari Kota Bahru, ibu negeri Kelantan sekarang.

Maka pemerintahan Puteri Saadong pun bermula dan baginda memang seorang pemerintah yang seperti yang diharapkan oleh sekelian rakyat Kelantan. Dengan sebolehnya, baginda meneruskan sifat dan ciri almarhum bondanya, Paduka Chik Siti; seorang pemerintah yang adil dan saksama. Namun, keamanan itu bakal berakhir tidak lama lagi...

Raja Siam yang pernah kecewa akibat gagal memiliki Puteri Saadong, kini amat murka apabila menerima khabar bahawa puteri idamannya itu kini dimiliki oleh Raja Abdullah. Dan kemarahan itu tidak berakhir disitu. Raja Siam telah membentuk sebuah angkatan tentera yang besar untuk menyerang negeri Kelantan dan satu tujuan yang nyata, iaitu memiliki Puteri Saadong! Padanya, puteri itu hanya layak untuk dimiliki olehnya, bukan lelaki lain. Berita akan serangan yang bakal berlaku itu sampai ke pengetahuan Raja Abdullah dan baginda mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota Jelasin dan menuju ke daerah Melor dan disini baginda membuka penempatan yang baru dinamakan Kota Mahligai. Namun, apalah kudrat itu jika dibandingkan dengan keupayaan tentera Raja Siam yang besar dan terkenal dengan kehandalannya. Tindak tanduk Raja Abdullah dapat dihidu oleh Raja Siam dan Kota Mahligai telah diserang dengan dasyat. Kemusnahan dan kehancuran merebak dengan meluas, kematian berlaku dimana-mana.

Puteri Saadong yang melihat akan kehancuran kerajaannya itu berasa amat kecewa, tambahan pula baginda merasakan dirinya seaakan gagal untuk menjaga amanat dari paduka bondanya, Paduka Chik Siti. Baginda mahu melihat kemusnahan ini berhenti serta merta dan tidak mahu, kerana dirinya, Kerajaan tanah Serendah Sekebun Bunga yang menanggung akibat. Baginda tahu, satu keputusan segera perlu dibuat, meskipun itu bakal mengorbankan dirinya.

Biarlah dirinya dimiliki oleh Raja Siam, asalkan rakyat jelata tidak terus menerima akibat! Raja Abdullah amat kecewa dengan keputusan isterinya tetapi baginda juga sedar, itu adalah demi masa depan kerajaan dan rakyat jelata. Niat Raja Siam menyerang Kelantan cuma satu, iaitu memiliki Puteri Saadong, jadi, dari terus menerima azab, biarkanlah Raja Siam itu mendapat apa yang dihajatinya. Tapi sumpah dan janji Puteri Saadong pada suaminya, Raja Abdullah, walau apa pun, Raja Siam itu hanya mampu memiliki tubuhnya, tapi tidak cinta dan hatinya. Dan demi itu juga, Puteri Saadong juga berjanji, pada suatu hari nanti, Puteri Saadong akan tetap kembali kepada Raja Abdullah. Meskipun berat bagi Raja Abdullah, itulah satu-satunya jalan yang terbaik..